fbpx
PASUKAN bola jaring negara bangkit membenam Singapura 52-49 untuk meraih emas Sukan SEA Thailand 2025. -MSN

Sukan SEA: Malaysia lakar hatrik emas bola jaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Impian pasukan bola jaring negara untuk menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia akhirnya menjadi kenyataan selepas bangkit membenam musuh tradisi, Singapura 52-49 untuk merangkul kemenangan di Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Chantana Yingyong di Universiti Chulalongkorn itu, Malaysia bermain dengan permainan cukup baik biarpun Singapura turut dengan status juara Asia dan Piala Liga Negara-Negara 2025.

Biarpun Singapura mendahului permainan, namun Malaysia mempamerkan semangat juang tinggi apabila mengejar mata demi mati dan akhirnya berjaya menewaskan mereka dalam masa tambahan.

Kemenangan itu, membolehkan Malaysia mencatat hatrik emas dalam Sukan SEA sejak tahun 2017, menandakan keunggulan skuad bola jaring negara dalam arena antarabangsa.

Singapura hadir ke pentas temasya dwitahunan edisi ke-33 selaku pasukan pilihan, berikutan kejayaan mereka di pentas antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI