fbpx
Gambar hiasan

Subsidi diesel nelayan Sabah RM198 juta tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM198 juta bagi subsidi minyak diesel kepada nelayan di Sabah sepanjang tahun 2026 bagi memastikan kelangsungan sektor perikanan tangkapan serta keterjaminan bekalan makanan negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peruntukan itu melibatkan 10 juta liter diesel bersubsidi sebulan yang bakal memberi manfaat kepada 1,455 pemilik vesel nelayan di negeri berkenaan.

Menurut beliau, subsidi itu dilaksanakan menerusi Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan yang dikendalikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sejak 2006 bagi menampung sebahagian kos operasi nelayan serta melindungi pendapatan golongan berkenaan.

“Bagi tahun 2026, kerajaan meneruskan skim ini selaras dengan pendekatan penyasaran subsidi bagi memastikan hanya nelayan yang layak menerima bantuan, sekali gus menjamin kebajikan nelayan dan kestabilan bekalan ikan negara,” katanya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Bobbet Suan yang ingin tahu nilai keseluruhan subsidi minyak diesel yang diperuntukkan kepada nelayan Sabah bagi tahun 2026.

Mohamad menjelaskan, pelaksanaan subsidi adalah berdasarkan kuota penggunaan minyak yang ditetapkan serta tuntutan penggunaan sebenar yang disahkan oleh LKIM.

“Tahun ini, kuota diesel bersubsidi yang diluluskan ialah 70 juta liter sebulan pada kadar RM1.65 seliter, melibatkan 10,330 vesel di seluruh negara dengan jumlah subsidi mencecah RM669 juta sehingga Oktober lalu.

“Jumlah kuota dan kadar subsidi berkenaan akan diteruskan bagi tahun 2026 sebagai langkah kerajaan memastikan sektor perikanan kekal berdaya tahan dalam menghadapi peningkatan kos operasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI