fbpx
Rubiah menjawab soalan Senator Nik Mohd Abduh di Dewan Negara hari ini. FOTO JAPEN

Projek luar bandar dipantau, perketat pemulihan projek bermasalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menegaskan mekanisme pemantauan dan penilaian projek pembangunan luar bandar yang dilaksanakan ketika ini telah mencapai objektif keberkesanan yang ditetapkan, meskipun terdapat sebilangan kecil projek berdepan kelewatan pelaksanaan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, pemantauan projek dilaksanakan selaras dengan Arahan No. 1 Jabatan Perdana Menteri menerusi mesyuarat penyelarasan di peringkat Persekutuan, kementerian dan negeri, selain pelaporan berkala serta lawatan pemantauan di lapangan.

“Secara keseluruhan majoriti projek menunjukkan kemajuan positif, namun beberapa projek mengalami masalah akibat faktor seperti kekangan teknikal, keupayaan kontraktor dan isu di peringkat pelaksanaan.

“Bagi memastikan projek-projek yang bermasalah ini dapat disiapkan demi kesejahteraan rakyat luar bandar, kementerian telah melaksanakan langkah pemulihan dan penambahbaikan secara berfokus,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Katanya, antara langkah utama yang diambil ialah pembentangan status projek bermasalah dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) bagi membolehkan tindakan intervensi dan pemulihan dipantau secara berterusan.

Selain itu, kementerian turut memperkukuh pelaporan melalui Sistem MyProjek dengan memantau kemajuan fizikal dan kewangan secara berkala bagi memastikan data yang diterima tepat dan terkini, sekali gus membantu pembuatan keputusan terhadap projek yang memerlukan perhatian khusus.

Beliau berkata, lawatan pemantauan secara berfokus juga dilaksanakan melalui sesi libat urus di lapangan bersama agensi pelaksana, jabatan dan agensi negeri serta agensi pusat bagi meneliti isu pelaksanaan dan memuktamadkan penyelesaian dengan segera.

“Melalui pendekatan ini, kementerian komited memastikan projek pembangunan luar bandar disiapkan mengikut perancangan, mencapai objektif ditetapkan dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI