PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengucapkan tahniah atas pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) baharu.
MetMalaysia dalam hantaran di Facebook mengalu-alukan pelantikan Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang mengisi portfolio yang sebelum ini diterajui oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan kementerian dalam memperkukuh dan mendokong aspirasi Malaysia MADANI,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, MetMalaysia juga merakamkan tahniah kepada Timbalan Menteri NRES, Syed Ibrahim Syed Noh yang juga merupakan lantikan baharu di dalam Kabinet Perpaduan.
Terdahulu, barisan Jemaah Menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyaksikan 10 lantikan baharu masing-masing melibatkan dua menteri dan lapan timbalan menteri. – KOSMO! ONLINE














