JOHOR BAHRU – Johor negeri terbaharu dilanda banjir apabila lebih 200 mangsa ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Mersing di sini hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata kedua-dua PPS berkenaan menempatkan 204 mangsa dari 56 buah keluarga.
Katanya, PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching antara yang terbaru dibuka pukul 11 pagi tadi melibatkan mangsa dari Kampung Baru Air Tawar.
“Seramai 77 mangsa dari 23 buah keluarga ditempatkan di PPS SJKC Chiao Ching susulan banjir berlaku ekoran hujan berterusan.
“Sementara 127 mangsa dari 33 keluarga pula ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar menunjukkan pertambahan bilangan mangsa selepas dibuka pukul 5 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE














