fbpx
Tangkap layar kejadian seorang lelaki diserang sekumpulan individu di Batu Caves, Ahad lalu.

Lelaki parah ditetak guna parang, 8 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang lelaki tempatan berusia 20-an cedera parah akibat ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian berhampiran Amara Residensi, Batu Caves, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Selayang, kira-kira pukul 10.35 pagi yang menyatakan mangsa telah diserang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menjalankan tangkapan terhadap empat suspek pada hari yang sama.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21 Disember ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, pihak polis turut menjalankan tangkapan susulan pada semalam dan hari ini, melibatkan empat lagi suspek lelaki tempatan yang direman selama enam hari sehingga 22 Disember.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan berusia di antara 21 hingga 33 tahun dan kes disiasat di bawah seksyen 326 kanun keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Muhammad Hakimie Razally di talian 011-33352585 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN