REMBAU – Gara-gara melakukan gangguan seksual ke atas rakan sekerja, seorang warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan di sebuah kilang pada minggu lalu.
Bagaimanapun, pertuduhan ke atas Md Nurul Islam Umur, 35, iaitu warganegara Bangladesh tidak diteruskan berikutan ketiadaan jurubahasa susulan tertuduh tidak memahami bahasa Melayu.
Tertuduh berdepan hukuman mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ini berikutan tertuduh telah mengeluarkan perkataan berunsur lucah yang boleh mengaibkan ke atas rakan sekerja wanita pada 12 Disember lalu di Pedas.-KOSMO! ONLINE














