fbpx
Antara kediaman yang terlibat dalam kebakaran pagi tadi.

Keluarga berduka rumah terbakar menjelang Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERIAN – Keterujaan empat keluarga di Kampung Murud Plaman, di sini untuk menyambut Hari Krismas punah apabila rumah mereka terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, Christoper Adrian Winces berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.59 pagi dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi mendapati empat buah rumah terbakar, dengan tiga buah rumah terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kira-kira lima peratus akibat asap.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang dibantu pasukan dari BBP Siburan bertindak memadam kebakaran dengan sumber air diperoleh daripada jentera bomba bagi memastikan tiada lagi bahaya dan keadaan benar-benar selamat serta terkawal,” katanya.

Christoper menambah kebakaran itu tidak melibatkan sebarang mangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI