fbpx
MANUEL Hidalgo (depan) menjadi sandaran terbaik JDT selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik final Piala FA menewaskan Sabah 5-0 pada Ahad lalu. - SHIDDIEQIIN ZON

Juara Piala FA tiada masa ‘bulan madu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA tempoh rehat buat juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini terpaksa meneruskan tugas bagi menghadapi Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini.

Pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz menegaskan, keraian kejayaan di pentas Piala FA tidak boleh dilakukan dalam tempoh lama kerana fokus harus segera dialihkan bagi perlawanan seterusnya.

“Kami perlu teruskan (aksi terbaik). Kami boleh berasa gembira (menang Piala FA), namun kami ada perlawanan lain lagi selepas ini.

“Kami perlu berikan fokus penuh. Ia adalah sukar namun kami perlu teruskan apa yang kami lakukan kerana inilah tahap sebenar JDT,” katanya.

Ketika ini, Harimau Selatan sedang dilanda krisis kecederaan melibatkan beberapa pemain utama termasuk kehilangan khidmat Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, Arif Aiman Hanapi.

Antara pemain lain yang dilaporkan mengalami kecederaan ialah Romel Morales, Bergson Da Silva dan terbaharu import dari Korea Selatan, Park Jun-heong turut mengalami nasib sama.

Selepas aksi final Piala FA, Ahad lalu, Jun-heong dilihat meninggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil dalam keadaan bertongkat sekali gus menuntut Munoz mencari idea lebih segar bagi mengekalkan rekod tanpa kalah JDT dalam saingan Liga Super musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI