fbpx
RANKING Harimau Malaya dijangka merudum selepas dua kemenangan dan satu keputusan seri aksi sebelum ini dibatalkan.

Hukuman terbaharu FIFA, Harimau Malaya diisytihar kalah 0-3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ranking skuad Harimau Malaya dijangka terus merudum selepas menerima hukuman terbaharu daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan menurunkan pemain yang tidak layak pada tiga aksi persabahatan antarabangsa tahun ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah bersidang pada 12 Disember lepas dan mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak berkelayakan.

Susulan itu, tiga perlawanan yang diharungi ketika bertemu Cape Verde, Singapura dan Palestin telah diisytiharkan kekalahan 0-3 buat skuad Harimau Malaya termasuk denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).

Hukuman terbaru ini menyaksikan ranking skuad Harimau Malaya yang berada di kedudukan ke-116 dunia dijangka merudum pada kemaskini terbaharu yang akan dikeluarkan FIFA, pada Jumaat ini.

Namun, badan induk bola sepak negara itu mahu membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbang langkah seterusnya.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski telah meraih keputusan seri ketika bertemu Cape Verde pada 29 Mei disusuli kemenangan 2-1 ke atas Singapura serta 1-0 ke atas Palestine pada September lepas.

Sebelum ini, FIFA mengenakan hukuman denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) kepada FAM manakala tujuh pemain warisan yang terpalit dengan isu pemalsuan dokumen terpaksa membayar CHF2,000 (RM10,000) setiap seorang dan digantung selama 12 bulan sejak September lepas.

Tujuh pemain itu ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI