fbpx

Haier Malaysia Raikan Global Fans Festival ke-7 di Pavilion Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Dis. 2025 /PRNewswire/ — Haier Group, peneraju global dalam penyelesaian kehidupan pintar dan transformasi digital, hari ini memulakan Haier Global Fans Festival ke-7 di Kuala Lumpur melalui jerayawara interaktif selama lima hari di Pavilion Bukit Jalil – The Piazza, Aras 3.  

Haier Malaysia Welcomes the 7th Global Fans Festival with Immersive Pop-Up Experience at Pavilion Bukit Jalil
Haier Malaysia Welcomes the 7th Global Fans Festival with Immersive Pop-Up Experience at Pavilion Bukit Jalil

Ruang pameran interaktif sebesar 2,600 meter persegi tersebut direka sebagai platform gaya hidup bagi peminat sukan, penggemar bola sepak serta komuniti Haier untuk berhimpun dan menyemarakkan semangat "Champion Your Haier Life". Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukan secara langsung termasuk badminton, bola sepak, dan tenis, di samping menikmati ganjaran eksklusif Haier sepanjang festival berlangsung.

Acara tahunan pada kali ini membawa makna yang lebih mendalam untuk Haier yang mana Haier Global Fans Festival bermula sebagai sambutan digital untuk menghargai sokongan pengguna kini berkembang menjadi satu gerakan jenama berskala antarabangsa yang menghubungkan jutaan peminat di seluruh dunia. Ini sekali gus menonjolkan inovasi Haier dan mengukuhkan hubungan dengan pengguna.

Ms Wang Mei yan,Vice President and Chief Brand Officer of Haier Group
Ms Wang Mei yan,Vice President and Chief Brand Officer of Haier Group

Sebagai jenama yang terus mengukuhkan kepimpinannya dalam industri peralatan rumah, Haier telah menduduki kedudukan No.1 dalam kategori Global Major Appliances Brand Retail Volume oleh Euromonitor International selama 16 tahun berturut-turut. Haier juga merupakan satu-satunya jenama ekosistem IoT yang tersenarai dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands selama tujuh tahun, selain tersenarai dalam World’s 500 Most Influential Brands selama 21 tahun.

Dalam pasaran Malaysia, Haier menjangkakan pegangan pasaran sebanyak 11% dengan tahap kesedaran jenama mencecah 93%, peratusan tertinggi dalam kalangan jenama peralatan rumah dari China. Produk premium pula menyumbang lebih daripada 38% kepada keseluruhan prestasi Haier di Malaysia.

Tumpuan utama festival ini ialah pameran inovasi terbaharu Haier yang menampilkan pendekatan reka bentuk dan teknologi berprestasi tinggi, selari dengan semangat kecemerlangan atlet juara. Pengguna di Malaysia antara yang terawal berpeluang melihat secara dekat produk seperti peti sejuk Space Fit, mesin basuh-pengering Siri L+, penyaman udara UV Cool Color, TV M80 QD-Mini LED, serta pratonton mesin basuh tiga dram yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

the 7th Haier Global Fans Festival in Kuala Lumpur
the 7th Haier Global Fans Festival in Kuala Lumpur

Festival ini turut menampilkan zon demonstrasi produk secara langsung, sesi perkongsian interaktif, aktiviti bersama pencipta kandungan, dan ganjaran eksklusif untuk peminat, sekali gus memberikan pengalaman gaya hidup pintar kepada pengunjung.

Kemasukan ke festival adalah percuma. Pelanggan yang berbelanja minimum RM5,000 untuk mana-mana produk Haier sepanjang tempoh jerayawara layak menebus jersi eksklusif Liverpool FC.

"Sempena Haier Global Fans Festival ke-7 ini, kami bukan sahaja menghargai kesetiaan para pengguna, malah terus memandang ke hadapan untuk membina kehidupan yang lebih pintar, hubungan yang lebih kukuh serta pertumbuhan bersama," kata Encik Fan Jing, Pengarah Urusan Haier Malaysia. Beliau menambah bahawa Haier kekal komited untuk terus mendengar keperluan pengguna, berinovasi dan berkembang agar setiap produk serta pengalaman yang ditawarkan memberikan nilai sebenar kepada isi rumah di Malaysia.

Haier Global Fans Festival 2025 berlangsung dari 17 hingga 21 Disember di Pavilion Bukit Jalil – The Piazza, Aras 3, dan mengalu-alukan orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman gaya hidup pintar yang bersedia untuk masa hadapan.

Siaran akhbar ini disediakan oleh HAIER ELECTRICAL APPLIANCES (MALAYSIA) SDN BHD untuk siaran segera.

Latar Belakang Ringkas Mengenai Haier Group

Ditubuhkan pada tahun 1984, Haier Group ialah penyedia penyelesaian kehidupan dan transformasi digital global terkemuka. Berdasarkan falsafah ‘More Creation, More Possibilities’ kami komited untuk mencipta bersama pengguna kemungkinan tidak terhingga untuk kehidupan yang lebih baik, dan untuk mencipta bersama rakan kongsi ekologi kemungkinan tidak terhingga untuk pembangunan industri.

Sebagai sebuah syarikat ikonik dalam ekonomi sebenar, kami sentiasa mengutamakan pengguna, berpegang kepada teknologi original dan membina landskap dengan tiga teras iaitu Kehidupan Pintar, Kesihatan Komprehensif dan Internet Industri. Kami telah membina 10 pusat R&D, 71 institut penyelidikan, 35 taman perindustrian, 163 pusat pembuatan dan 230,000 nod dalam rangkaian jualan seluruh dunia. Kami adalah satu-satunya Jenama Ekosistem IoT di dunia yang telah disenaraikan dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands selama tujuh tahun berturut-turut. Selain itu, kami telah disenaraikan dalam Top 10 Google & Kantar BrandZ’s Chinese Global Brand Builders selama lapan tahun berturut-turut, menduduki tempat No.1 dalam Euromonitor’s Global Major Appliances Brand selama 16 tahun berturut-turut, dan telah dipilih sebagai salah satu daripada The World’s 500 Most Influential Brands oleh World Brand Lab selama 21 tahun berturut-turut.

Kami mempunyai enam syarikat tersenarai, dan anak syarikat kami Haier Smart Home dinamakan antara Fortune’s 500 Global dan World’s Most Admired Companies. Kami mempunyai beberapa jenama premium global, termasuk Haier, Casarte, Leader, GE Appliances, Fisher & Paykel, AQUA dan Candy, dan mempunyai Jenama Senario rumah pintar pertama di dunia, SAN YI NIAO. Kami telah membina platform Internet perindustrian terkemuka dunia COSMOPlat dan ekosistem industri kesihatan yang komprehensif, Incaier

Kami percaya: Lebih banyak kerjasama akan berlaku apabila lebih banyak sempadan dilangkaui, dan lebih banyak perhubungan yang bernilai diwujudkan. Hanya dengan itu masa depan dunia akan dipenuhi dengan kemungkinan indah yang tidak terhingga.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

HAIER ELECTRICAL APPLIANCES (MALAYSIA) SDN BHD
Tel: 03-5882 2888
Careline: 1-800-88-6666

Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4849854_MS49854_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI