PETALING JAYA – Rata-rata penunggang motosikal yang pernah terlibat kemalangan mengakui mereka menyesal kerana tidak memakai helmet sehingga mengakibatkan kecederaan parah walaupun hanya untuk perjalanan singkat. Seorang penghantar barang, Hariz Iskandar Abu Hashan, 32, berkata, dia pernah cedera teruk pada muka akibat tidak memakai topi keledar dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak yang terletak berdekatan rumah. “Ketika saya dalam perjalanan ke stesen minyak bersama rakan, saya dilanggar oleh sebuah kereta yang tiba-tiba membelok ke sebelah kanan semasa saya cuba memotongnya……














