fbpx
Dr Mohammed Taufiq bersama timbalannya, Mordi (kanan) dan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu (kiri) pada sidang akhbar di lobi KBS, Putrajaya hari ini.

‘Fokus pembangunan belia, angkat sukan sebagai wadah perpaduan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, Dr. Mohammed Taufiq Johari mahu pembangunan belia diberi fokus utama dalam misi menyiapkan generasi masa depan negara yang lebih hebat.

Menurutnya, beliau juga mahu mengangkat sukan sebagai satu wadah perpaduan, sekali gus mampu membanggakan negara.

“Hari ini adalah hari pertama saya melapor diri dan masih banyak perkara yang perlu saya teliti dengan lebih mendalam.

“Oleh itu, kenyataan ini hanyalah ringkas buat permulaan, dan saya memberi jaminan akan mengadakan sesi bersama media dalam masa terdekat bagi memberikan penerangan serta penjelasan yang lebih terperinci berkaitan hala tuju kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di lobi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama timbalannya, Mordi Bimol, di sini hari ini.

Katanya, beliau akan berkongsi gerak kerja KBS lebih terperinci dalam masa terdekat termasuk kerjasama rentas kementerian bagi memastikan pengukuhan dan agenda belia dan sukan menepati kehendak Madani.

Dr. Mohammed Taufiq berkata, beliau turut merakam penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan diberikan menakhodai kementerian ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI