fbpx
GAMBAR fail seorang pengunjung melibat beg-beg tangan mewah di Singapura. - Foto AFP

Buntu lihat ibu gemar beli beg mewah tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang pengguna media sosial di Singapura menggunakan platform Reddit untuk mendapatkan nasihat daripada orang ramai tentang cara menghentikan ibunya daripada berulang kali membeli beg tiruan berjenama mewah, lapor laman berita MSNews hari ini.

Menurut individu tersebut, ibunya membeli beg daripada penjual di laman Facebook Live.

Dia berkata, amat menyedihkan melihat wang hasil titik peluh ibunya jatuh ke tangan penipu.

Hantaran tersebut dikongsi di subreddit r/askSingapore pada 10 Disember lalu.

“Bagaimanakah hendak menghentikan ibu saya daripada membeli beg mewah tiruan dari Facebook Live? Dia sentiasa membeli produk mewah daripada penipu yang bersiaran langsung,” tulis pengguna tersebut.

Menurutnya, penjual sering mendakwa barangan tersebut adalah produk kilang yang ditolak atau hadiah percuma daripada kedai, menyebabkan beg dijual dengan harga rendah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI