SARATOK – Seekor buaya katak sepanjang 15 kaki berjaya ditangkap dalam operasi bagi mengurangkan populasi reptilia itu di kawasan Kampung Kupang dan sepanjang Ulu Sungai Batang Krian.
Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, buaya jantan dianggarkan seberat 400 kilogram itu ditangkap pada pukul 4 petang setelah memakan salah satu daripada sembilan umpan yang dipasang di sepanjang Sungai Batang Krian.
“Penduduk rumah panjang memaklumkan salah satu umpan telah dimakan dan pasukan operasi mengesan seekor buaya memakan umpan tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, buaya yang sudah mati itu kemudian diserahkan kepada pemburu buaya berlesen.-KOSMO! ONLINE














