fbpx
Lokasi kawasan hutan membabitkan kes seorang pencari petai terkena tembakan di Kampung Maasop, Senaling, di sini, Jumaat lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Tembak di Kuala Pilah, tangkap di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang lelaki tempatan yang dipercayai suspek dalam kes tembakan membabitkan seorang pencari petai di Kampung Maasop, Senaling, di sini, Jumaat lalu berjaya ditangkap polis di Sabah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, suspek berusia 40-an yang cuba melarikan diri ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada Ahad hasil kerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang ditahan dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut dan pihak polis turut merampas beberapa barang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan cubaan membunuh iaitu di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 kesalahan melibatkan senjata api.

“Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam. Siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan seorang pencari petai cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) selepas terkena tembakan individu tidak dikenali di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling.

Mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun bekerja kampung dan berada di lokasi kejadian seorang diri untuk mencari petai terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI