fbpx
Siti Aiza (kiri) menguruskan suaminya yang terlantar akibat kanser limfoma ketika ditemui di Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh.

Suami terlantar, duit habis beban Aiza terlalu berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Beban mencari rezeki dan mengurus rumah tangga kini tergalas di atas bahu seorang wanita selepas suami yang diharapkan hanya terlantar di atas katil sejak disahkan menghidap penyakit kanser limfoma setahun lalu.

Lebih menyedihkan, Siti Aiza Marlina Muhmad, 37, terpaksa menjaga suaminya, Mohd. Zuraimi Mohd. Hussin, 48, di dalam rumah yang belum siap sepenuh­nya di Kampung Gong Tinggi di sini ekoran keuzuran lelaki itu.

Menurut Siti Aiza, dia tidak mampu lagi menampung per­belanjaan mengurus kerana tiada lagi pendapatan selepas berhenti kerja sebagai tukang sapu untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada suami.

“Pembinaan rumah sejak lima tahun lalu tergendala selepas suami yang bekerja sebagai tukang terlantar sakit. Pada mula­nya dia asyik demam dan bengkak pada beberapa bahagian badan sebelum disahkan ada kanser limfoma.

“Dia tidak boleh bergerak dan perlu dipapah. Saya kena bawa dia ke Hospital Raja Pe­rempuan Zainab II, Kota Bharu untuk kemoterapi, pembedahan mengambil sampel kelenjar dan tiga kali prosedur mengambil tulang sumsum,” katanya.

Menurut Siti Aiza, rawatan itu menggunakan perbelanjaan dan kos yang tinggi dan dia tidak lagi mampu menanggungnya memandangkan perlu menyekolahkan dua lagi anak berusia 10 dan 17 tahun.

Tambahnya, anak sulungnya bekerja di sebuah kedai makan di Kuantan, Pahang, namun pendapatannya hanya cukup untuk kegunaan dirinya sahaja.

“Semua wang simpanan keluarga habis digunakan. Saya kini bergantung kepada bantuan orang ramai dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan,” katanya.

Ujar Siti Aiza, bil utiliti juga pernah tertunggak selain suaminya juga memerlukan susu khas untuk tenaga kerana dia tidak boleh makan sembarangan.

Menurutnya, dia juga bergantung kepada jiran untuk menghantar dan mengambil suaminya ke hospital dengan bayaran sekadar yang termampu.

“Saya buntu memikirkan keadaan kewangan kami sekeluarga. Banyak yang perlu dibayar untuk menampung kos perubatan suami dan keperluan anak-anak sekolah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Aiza di talian 011-3121 8365 atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun BSN miliknya, 1199541100110274.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI