fbpx
Tangkap layar video menunjukkan barisan tabung gas kosong yang diletakkan di tepi jalan. - TikTok 

Ratusan mangsa banjir beratur dapatkan gas memasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beratus-ratus penduduk di Pidie, wilayah Aceh beratur berjam-jam demi mendapatkan gas memasak selepas rumah mereka dilanda  banjir kilat dan tanah runtuh, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan barisan tabung gas yang kosong diletakkan di tepi jalan. 

Ada antara mereka sanggup beratur pada awal pagi sehingga tengah malam di beberapa stesen minyak demi mendapatkan gas masak seberat 3 kilogram. 

Banjir lumpur dan tanah runtuh di Aceh menjejaskan penghantaran gas memasak ke beberapa kawasan, menyebabkan kekurangan stok di kedai runcit. 

Namun, ramai penduduk kecewa apabila mereka pulang dengan tabung gas yang kosong. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 229,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Salah pilih pemimpin,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI