fbpx
Gambar hiasan.

Ramai calon SPM menangis lepas jawab kertas ‘add math’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Anak saya pergi sekolah dengan senyuman tapi pulang dengan linangan air mata.”

Itu luahan ibu bapa terhadap kertas peperiksaan Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mencetuskan keluhan dalam kalangan pelajar apabila ramai yang mendakwa susah dan di luar jangkaan.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Swifflyyy, dia tidak mengharapkan dapat keputusan yang baik selepas selesai menjawab kedua-dua kertas peperiksaan itu.

“Ketika menjawab kertas peperiksaan pertama matematik tambahan, saya memang tak mengharapkan dapat keputusan yang cemerlang kerana susah.

“Jangkaan saya bahawa kertas peperiksaan kedua untuk subjek itu boleh dijawab kerana kertas pertama yang sudah susah turut mengecewakan apabila kebanyakkan soalan yang berkias-kias,” katanya.

Sementara itu, pelajar SPM di aplikasi TikTok @Z3usboi, turut mempertikaikan penggubal kertas peperiksaan yang dikatakan susah itu.

“Siapa yang menggubal kertas peperiksaan matematik tambahan ini memang tiada hati perut ke? Teruk dibantai,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, peperiksaan SPM bagi tahun 2025 yang bermula pada 3 November lalu, akan tamat pada 23 Disember ini.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai ibu bapa turut meluahkan rasa simpati terhadap anak-anak yang menduduki kertas peperiksaan itu.

“Anak saya balik daripada sekolah, menangis sehingga merah mata. Sampai terpaksa hubungi saya untuk mengambilnya di sekolah,” komen @Kacangketot.

“Saya sebagai ibu pun risau nak tanya anak saya. Takut dia pun antara yang tak boleh nak jawab kerana ramai kata susah. Kasihan pula sedangkan dah belajar bersungguh-sungguh,” komen @Animatunsaadiah.

“Semalam, anak saya telefon kata yang kertas pertama masih mampu nak menjawab walaupun susah. Tapi kertas kedua memang tiada harapan,” komen @Azlina. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN