fbpx
Keadaan Porsche Panamera yang terbabas di kawasan parit di Jalan Sungai Rambai, Jenjarom semalam.

Pemandu Porsche terbabas gara-gara telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Gara-gara ingin mengambil telefon bimbit terjatuh dibawah kerusi membuatkan seorang peniaga nyaris maut apabila kereta mewah jenis Porsche Panamera terbabas di kawasan parit di Jalan Sungai Rambai, Jenjarom di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.20 petang itu, lelaki berusia 40an itu tidak mengalami kecederaan dengan keretanya terhenti di atas parit.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan mendapati semasa kejadian mangsa dalam perjalanan ke Jenajorom dari Shah Alam.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian didapati telefon bimbit pemandu berkenaan terjatuh bawah kerusi ketika membuka aplikasi Google Map.

“Ketika cuba mengambil semula telefon bimbit tersebut, pemandu terbabit hilang kawalan ke kiri jalan sebelum kenderaan terbabas melepasi parit dan berhenti di atas tebing parit.

“Pemandu tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, semakan mendapati pemandu tersebut mempunyai lesen memandu yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu
dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.

“Orang ramai dan saksi kejadian yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mazrol Mohd. Din di talian 011-18539115 atau
03-31872222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI