HUJAN yang kembali membadai beberapa kawasan di Pantai Timur ketika ini mengingatkan penulis tentang satu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tahun 2014. Peristiwa di mana dipanggil ‘bah kuning’ dan pada waktu ratusan ribu rakyat di Pantai Timur terkesan dengan bencana tersebut. Tidak terkecuali kepada keluarga penulis yang menetap di sebuah kampung di Kuala Krai, Kelantan yang mana ketika ini hanya bangunan sekolah empat tingkat menjadi ‘kubu’ perlindungan mereka. Dari sebesar-besar banglo dua tingkat sehingga sekecil-kecil rumah papan semua tenggelam……














