PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan akan diterajui Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Perkara itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong pula akan menggalas tugas baharu sebagai Timbalan Menteri Kewangan.-KOSMO! ONLINE














