fbpx
HIDALGO

Jangan banding Hidalgo dengan Arif Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN terbaik perlawanan akhir Piala FA, Manuel Hidalgo seperti tidak selesa perbandingan antaranya dirinya dengan bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Berita kecederaan Arif Aiman seakan dapat dilupakan buat seketika terutamanya selepas Hidalgo menyerlahkan kualiti luar biasa untuk memastikan kemenangan 5-0 ke atas Sabah FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Sebaliknya bintang kelahiran Argentina tersebut tetap menghormati rakan sepasukannya itu dan menganggap agak sukar untuk pemain lain mencabar tempat Arif Aiman.

“Sudah pasti saya cuba untuk sentiasa bersedia dan saya tidak akan berada di tempat Arif. Saya fikir tiada seorang pun di Malaysia akan berada di tempat Arif.

“Dia (Arif) adalah pemain terbaik yang kami ada dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kepulangan semulanya daripada kecederaan,” katanya.

Hidalgo juga menjelaskan dia mempunyai dua misi utama iaitu mendapatkan lebih banyak peluang bermain dan cuba memainkan peranan besar setiap kali khidmatnya ditagih.

“Saya cuba untuk mengikut arahan jurulatih walau dimanapun posisi saya bermain dan ini membolehkan saya mendapatkan minit permainan. Saya faham ini adalah JDT dan kami ada ramai pemain hebat.

“Jika saya tidak bermain, ia adalah disebabkan perkara ini (percaturan jurulatih), namun saya akan cuba dapatkan lebih banyak minit permainan dan cuba menikmatinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN