BANGKOK – Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin berada dalam kelas tersendiri apabila terus mendominasi pentas Asia Tenggara apabila menepati ramalan memenangi pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut dalam acara lempar cakera di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.
Sejak merangkul emas pertamanya pada usia 18 tahun di Naypyitaw, Mynamar 10 tahun lalu, langkah atlet kelahiran Negeri Sembilan itu terus sukar digugat apabila dia terus mempertahankan kejuaraan lempar cakera dengan lemparan sejauh 60.23 meter (m).
Lebih manis, atlet berusia 30 tahun itu juga mencapai sasaran untuk memecahkan rekod temasya 59.50m yang sebelum ini dilakar oleh bekas jaguh lempar cakera Singapura, James Wong Tuck Yim pada Sukan SEA Brunei 1999.
Wakil Thailand, Bandit Singhatongkul memperoleh perak dengan lemparan 53.82m dan atlet Filipina, Russel Ricaforte yang mencatat lemparan 53.34m membawa pulang gangsa
Untuk rekod, Irfan yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan lemparan 62.55m di Austria pada 2017, memperoleh emas Sukan SEA pertamanya semasa edisi Myanmar 2013.- KOSMO! ONLINE














