fbpx
Azizul Hakim (kiri) pada sidang akhbar berhubung tawaran program terbaharu di Putrajaya baru-baru ini.

Ijazah ‘fast track’ penuhi keperluan industri penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA –  Kolej Antarabangsa Meatech (Meatech),  Aviation Career Malaysia (ACM) dan Kolej Universiti Inovatif (IUC) telah bekerjasama memperkenalkan program ijazah Fast Track untuk Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan (kepujian) sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam industri penerbangan tempatan.

Melalui kerjasama tersebut, Meatech  menyasarkan seramai 700 pelajar bakal  mengikuti program tersebut di kampus kolej di Negeri Sembilan dan akan memulakan sesi pendaftarannya pada bulan April tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif ACM, Azizul Hakim berkata, ini adalah antara usaha pihaknya untuk memenuhi permintaan industri penerbangan yang kini berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja khususnya dalam bidang pengurusan penerbangan, operasi lapangan terbang, perkhidmatan darat dan juga pembangunan perniagaan udara..

“Kadar kebolehpasaran lulusan daripada kolej ini adalah kira-kira 90 peratus malah pelajar akan diberi pendedahan daripada pensyarah yang datang daripada industri jadi pengalaman dan pengetahuan mereka selama ini dapat dikongsi bersama dengan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar turut disertai Pengarah Meatech, Che Rozaina Azizan di sini baru-baru ini.

Azizul menjelaskan, tujuan memperkenalkan program Fast Track Degree ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengikuti program lebih singkat iaitu hanya tiga tahun setengah tempoh pengajian yang biasa mengambil masa kira-kira lima tahun setengah.

Ia bersesuaian dengan perubahan gaya hidup pelajar dan persekitaran pembelajaran dalam institusi pendidikan tinggi di negara ini.

Lebih menarik, pelajar juga diberi elaun bulanan untuk mengurangkan perbelanjaan dan lebih menarik,  Yayasan Pendidikan Kasih Malaysia menyediakan 500 biasiswa separa khusus untuk pelajar baharu ACM–Meatech bagi sesi 2026.

 Inisiatif ini merupakan usaha besar bagi memastikan lebih ramai pelajar B40 dan M40 memiliki akses kepada pendidikan penerbangan berkualiti tinggi tanpa beban kewangan yang berat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI