fbpx
Tangkap layar kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di Jelutong, malam tadi.

Gaduh sampai ‘angkat’ helmet, panjat kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tular beberapa video di media sosial memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di kawasan Jelutong di sini, malam tadi dipercayai berpunca daripada satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal.

Rakaman video yang dimuat naik di TikTok itu mengundang perhatian pengguna media sosial termasuk ada yang mengkritik tindakan individu terbabit.

Salah satu video berdurasi 36 saat menunjukkan beberapa lelaki dilihat menyerang seorang lelaki, termasuk ada yang menggunakan helmet, kaki dan tangan serta memanjat kereta.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku selepas pemandu sebuah kereta dipercayai melanggar sebuah motosikal sebelum berlaku pertengkaran yang kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan.

Bagaimanapun, setakat ini pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut termasuk maklumat lanjut mengenai kecederaan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN