fbpx
GUIMARAES (tengah) tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad kuning kepadanya kelmarin. - AFP

EPL: Guimaraes label Newcastle memalukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNDERLAND – Kapten Newcastle United, Bruno Guimaraes meluahkan rasa marah dan kecewa apabila melabel kekalahan 0-1 kepada musuh tradisi, Sunderland sebagai memalukan dan tidak boleh diterima selepas mempamerkan antara aksi terburuk musim ini.

Kekalahan di Stadium of Light itu menyaksikan Newcastle terus gagal menamatkan kemarau kemenangan ke atas Sunderland dalam 10 pertemuan liga berturut-turut, sekali gus mencetuskan kemarahan penyokong yang mengharapkan kebangkitan.

Lebih mengecewakan, The Magpies hanya merekodkan dua percubaan tepat ke sasaran dengan nilai jangkaan gol sekadar 0.25, gambaran jelas kegagalan mereka memberi ancaman sebenar sepanjang perlawanan.

“Tiada rembatan, tiada hantaran lintang, tiada corak permainan. Penyokong berhak untuk berang kerana ini perlawanan yang sukar untuk diterima. Ia benar-benar memalukan,” tambah pemain tengah Brazil itu.

Guimaraes turut mengakui pasukannya gagal menterjemahkan mesej motivasi yang ditekankan sebelum perlawanan, sekali gus menonjolkan isu mentaliti dan konsistensi yang semakin membimbangkan.

Sementara itu, pengurus Newcastle, Eddie Howe mengakui kekalahan tersebut akan terus menghantui pasukannya, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku dalam perlawanan berprofil tinggi.

“Kekalahan ini akan menyakitkan untuk tempoh yang lama. Kritikan pasti lebih kuat kerana kepentingan perlawanan ini. Saya amat kecewa dan memohon maaf kepada penyokong atas kegagalan kami mencipta ancaman di hadapan gol,” kata Howe.

Howe turut mengakui Newcastle masih bergelut mencari momentum sebenar musim ini, selain berharap kekalahan pahit itu menjadi titik tolak untuk kebangkitan lebih konsisten selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI