fbpx
HAALAND (kanan) meraikan dua jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menewaskan Palace kelmarin. - AFP

EPL: City belum keluarkan aksi terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park kelmarin menyerlahkan banyak perkara hebat mampu dijelmakan oleh Manchester City untuk menghadapi perlawanan akan datang.

Selain kecemerlangan Erling Haaland, Phil Foden juga terus menjadi nadi utama kemenangan City dengan menyumbangkan satu jaringan, menjadikannya kini sudah merobek gawang lawan dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut.

Bagaimanapun, pengurus City, Pep Guardiola percaya ini masih bukan prestasi terbaik Foden dan pemain tengah England itu perlu memperbaiki persembahannya untuk membantu pasukan.

“Dalam perlawanan kali ini, dia (Foden) sering kehilangan bola dan dia perlu lebih tenang memandangkan tindakannya terlalu terburu-buru. Namun, dia sudah melakukan yang terbaik buat pasukan.

“Kami berdepan kesukaran untuk bermain di tempat lawan di mana Palace terbukti memiliki jentera serangan yang bagus menerusi trio Yeremy Pino, Jean-Philippe Mateta dan Ismaila Sarr.

“Kami belum berada di puncak prestasi dan saya percaya kami akan jadi lebih baik. Kini kami sedang berada di kedudukan agak bagus dan saya boleh katakan pemain sudah lakukan tugas dengan cemerlang,” katanya.

Foden pula mengakui Guardiola masih percaya dirinya mampu tampil lebih baik dan persembahan hebatnya ketika ini akan menjadi penanda aras sekali gus dapat memainkan peranan lebih besar buat The Citizens. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN