fbpx
UNIT Forensik Polis Diraja Malaysia dan Unit Anjing Pengesan (K9) menjalankan siastan di lokasi kejadian tembakan melibatkan dua lelaki di jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

Dua lagi suspek kes tembak ‘bodyguard’ diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dua lagi lelaki ditahan polis menjadikan keseluruhan lima orang suspek dipercayai terlibat dalam kes tembakan dua mangsa dalam kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini pada 10 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek berusia 30-an itu ditahan di Bagan Serai, Pulau Pinang semalam.

“Tangkapan ke atas dua suspek tersebut dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban hasil risikan yang dijalankan.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung pembabitan dua suspek terbaharu ini dalam kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Azahar, kedua-dua suspek kini direman selama lima hari bermula semalam sehingga 19 Disember depan bagi melengkapkan siasatan.

“Bagi tiga suspek pertama yang ditahan sebelum ini, reman mereka yang sepatutnya tamat semalam telah dilanjutkan.

“Majistret membenarkan reman mereka disambung sehingga 19 Disember depan. Setakat ini, seramai lima lelaki telah ditahan dalam kes tembak ini dan rampasan satu senjata api jenis semi auto,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN