fbpx
Aedy Fadly

Diskaun 50 peratus saman JPJ berakhir 30 Disember, RM4.89 juta masih tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa orang awam segera menyelesaikan saman tertunggak susulan tempoh diskaun 50 peratus yang ditawarkan sejak 1 Disember lalu akan berakhir pada 30 Disember ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, setakat semalam hanya kira-kira 520,000 saman berjaya diselesaikan dengan jumlah kutipan bayaran mencecah RM70 juta.

Menurut beliau, JPJ masih merekodkan sebanyak RM4.89 juta saman tertunggak melibatkan nilai hampir RM1.4 bilion yang belum dijelaskan oleh orang awam.

“Tempoh diskaun ini berbaki kira-kira 14 hari sahaja lagi. Kita menggesa orang ramai supaya segera menyemak dan menyelesaikan saman masing-masing sebelum 30 Disember kerana mulai 1 Januari 2026, tiada lagi diskaun akan diberikan,” katanya pada sidang akhbar di Depoh Sita JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata, semakan saman boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ, portal rasmi JPJ atau hadir terus ke kaunter JPJ di seluruh negara.

Menurutnya, sebahagian besar saman tertunggak itu melibatkan individu yang masih aktif, termasuk saman yang direkodkan lebih daripada 10 tahun lalu.

“Diskaun 50 peratus ini melibatkan saman kadar tetap. Contohnya saman RM300 hanya perlu dibayar RM150 sepanjang tempoh diskaun ini,” jelasnya.

Aedy berkata, antara kesalahan tertinggi yang merekodkan jumlah saman tertunggak adalah kesalahan berkaitan kamera AWAS, memandu tanpa lesen serta ketiadaan cukai jalan dan perlindungan insurans.

“Ini peluang terbaik untuk orang ramai menyelesaikan saman yang banyak dengan kos lebih rendah. Selepas 30 Disember, tiada lagi pengurangan bayaran akan diberikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI