fbpx
PARA pemain ragbi 7s wanita ceria menunjukkan pingat perak bersejarah diraih pada edisi ke-33 kali ini.

Diserang influenza, ragbi 7s tetap raih perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Diserang wabak influenza di saat-saat akhir hingga menjejaskan empat pemain utama tidak mematahkan semangat juang skuad ragbi tujuh sebelah (7s) wanita negara untuk melakar sejarah meraih pingat perak buat julung kalinya di Sukan SEA 2025.

Jurulatih wanita negara, Mohamad Faiz Samsukhidir mendedahkan persiapan pasukan berada dalam keadaan genting apabila empat tonggak utama hanya menamatkan tempoh kuarantin tiga hari sebelum berlepas ke Bangkok.

Menurutnya, insiden itu bukan sahaja menjejaskan tahap kecergasan pemain, malah memaksa barisan kejurulatihan menurunkan sasaran pingat daripada perak kepada gangsa.

“Syukur kami dapat capai sasaran perak dalam keadaan yang sangat mencabar. Persediaan pasukan terganggu dengan banyak perkara pada saat akhir, terutamanya wabak influenza yang memberikan tekanan.

“Tahap kecergasan mereka sedikit menurun, tetapi kami tidak mahu jadikan ia sebagai alasan dan tetap fokus bermula perlawanan pertama.

“Kemenangan ke atas Singapura memberikan keyakinan penting untuk pemain dan mereka meneruskan momentum itu untuk mara ke final,” kata.

Biarpun tewas 0-37 kepada Thailand di perlawanan akhir, Faiz mengakui pingat perak adalah permulaan ke arah lebih cemerlang apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada 2027.

Kejayaan meraih perak itu juga mengatasi pencapaian terbaik skuad wanita yang sebelum ini pernah memenangi gangsa edisi 2017 dan 2019.

“Saya harap dengan prestasi ini, pasukan akan diberi lebih perhatian pada masa akan datang. Majoriti umur pemain sekitar 23 tahun, jadi perancangan kami untuk Sukan SEA 2027 dan ketika itu pemain dalam keadaan cukup bersedia mencabar pingat lebih tinggi,” tambahnya.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi skuad lelaki apabila gagal membawa pulang pingat selepas tumbang 14-19 kepada Filipina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI