fbpx
SEORANG lelaki bergayut pada papan tanda di luar sebuah hotel di bandar Hangzhou, timur China. – WEIBO

‘Boxer’ terang lagi, suami curang bergayut pada papan tanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang lelaki yang didakwa ditangkap curang oleh isterinya melarikan diri melalui tingkap sebuah hotel dan bergayut pada papan tanda bangunan dengan hanya memakai seluar dalam berwarna terang, lapor laman berita Mothership hari ini.

Menurutnya, insiden yang berlaku di bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang, timur China itu membuatkan orang ramai tergamam menyaksikan perbuatan  pelik lelaki itu.

Menurut portal berita setn.com, lelaki itu memanjat dinding luar sehingga sampai pada papan tanda tersebut.

Dia kemudian bergayut pada papan tanda yang tertera aksara Mandarin, ‘Boyu’.

Saluran berita ftvnews.com melaporkan, paparan tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, dengan ramai yang bergurau bahawa lelaki itu menjadi sensasi dalam sekelip mata.

Sebilangan netizen juga berkata, risiko untuk ditangkap meningkat jika seseorang berlaku curang di hotel dalam bandar.

Mereka menasihati lelaki itu supaya belajar memanjat batu (rock climbing) terlebih dahulu sebelum curang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI