MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim tampil mempertahankan barisan pertahanannya selepas diikat 4-4 oleh Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi tadi.
Walaupun membiarkan Bournemouth bangkit hingga bolos empat kali, Amorim menjelaskan tiada apa lagi yang perlu dibaiki kerana The Red Devils sememangnya memiliki pemain berkelas tinggi.
“Kami memiliki pemain berbakat di barisan pertahanan, cumanya kami hanya perlu tampil lebih baik. Kami ambil berat tentang serangan, pasukan memiliki karakter dan kami hanya perlu bekerja secara berpasukan.
“Saya fikir detik yang menyaksikan kami hilang dua mata sudah bermula ketika babak pertama. Kami juga sepatutnya mampu untuk menghasilkan lebih banyak gol,” katanya.
Kegagalan benteng pertahanan The Red Devils pastinya menghadirkan rasa resah kepada penyokong yang menyaksikan Bournemouth menghasilkan gol penyamaan di hujung permainan menerusi Junior Kroupi.
Terdahulu, tiga gol Bournemouth ihasilkan oleh Antoine Semenyo, Evanilson manakala jaringan tuan rumah hadir menerusi penyudah sempurna Amad Diallo, Casemiro, Bruno Fernandes dan Matheus Cunha.
“Ia tentang kefahaman pemain ketika berdepan situasi tertentu semasa perlawanan. Kami sepatutnya perlu memulakan babak kedua dengan cara berbeza,” kata Amorim mengenai tiga kebangkitan yang dijelmakan oleh Bournemouth. AGENSI














