fbpx
Kamarulzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang siak surau, minggu lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Bapa tiga anak tak mengaku sebabkan siak cedera parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang siak surau menggunakan parang dalam kejadian di Kamunting, minggu lalu.

Tertuduh, Kamarulzaman Kamarudin, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Sakinah Haroon Arashid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Normuda Mod Noor, 68, dengan menggunakan sebilah parang di Surau Nurul Hidayah, Jalan Bukit Jana, Kampung Bukit Jana, Kamunting pada pukul 2.30 petang, 10 Disember 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhamad Lutfi mencadangkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh beserta syarat tambahan tidak mendekati mangsa dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad memohon jaminan ringan atas alasan tertuduh yang telah bercerai itu bekerja sendiri dengan pendapatan harian sebanyak RM50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN