fbpx
SEORANG warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya, 15 November lalu.

Bapa kemaruk ‘sentuh’ 4 anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua anak perempuannya, bulan lalu.

Tertuduh berusia 60 tahun yang kematian isterinya sejak beberapa tahun lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Mohd. Khari Haron.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga penganggur didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuan berusia 15 tahun di ruang tamu sebuah rumah, dalam tanah rancangan di Kluang, pada pukul 3.30 petang, 15 November lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Berdasarkan laporan dibuat, ketika kejadian mangsa berada di ruang tamu rumahnya sebelum didatangi tertuduh yang bertindak melakukan perbuatan tidak senonoh.

Mangsa yang tidak tahan dengan perangai bapa akhirnya hadir ke Balai Polis Kampung Gajah, Kluang untuk membuat laporan polis.

Siasatan polis mendapati, bukan mangsa seorang yang diperlakukan sebegitu sebaliknya keempat-empat kakak perempuan turut menerima nasib sama namun setakat ini, hanya dua laporan dibuat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Susulan itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh baru untuk sebutan semula serta mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin namun gagal membayarnya sebelum dibawa ke Pusat Koreksional Muar bagi menjalani tahanan sementara.

Pada masa sama, mahkamah juga memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula 11 Februari ini untuk serahan dokumen dan juga lantikan peguam tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI