PETALING JAYA – Kekosongan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam kini telah disi oleh Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
Beliau sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang dahulunya Menteri Sumber Manusia kini menggalas jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu.
Perkara itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.-KOSMO! ONLINE














