PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan tahap amaran buruk (jingga) di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Khamis ini.
Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan beberapa kawasan di Terengganu termasuk Dungun dan Kemaman selain Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Selain itu, hujan lebat buruk berterusan turut dijangka di seluruh negeri Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” lapor MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan waspada hujan berterusan di seluruh negeri Kelantan manakala Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.
“Amaran turut dikeluarkan di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.
“Di Johor, amaran hujan berterusan dalam waspada dijangka Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru selain seluruh negeri Pahang turut terjejas,” –KOSMO! ONLINE














