fbpx
(Dari atas kiri) Akmal, Arthur, Ramanan, Mustapha, Noraini dan Zulkifli.

6 Timbalan Menteri naik pangkat, Ahli Parlimen Sg Petani Menteri KBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Enam timbalan menteri hari dilantik menjadi menteri penuh selepas pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar petang tadi.

Keenam-enam timbalan menteri yang dinaikkan pangkat adalah Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang sebelum ini Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dilantik menerajui Kementerian Ekonomi.

Sementara itu, Datuk Arthur Joseph Kurup kini menjawat jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang baharu menggantikan jawatan sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan yang sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) pula dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.

Beliau menggantikan Steven Sim yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Kuskop.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustafa Sakmud mengambil tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).

Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi menggantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang bertukar portfolio sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Portfolio di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut bertukar apabila Timbalan Menterinya, Dr Zulkifli Hassan dilantik sebagai menteri penuh menggantikan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Pengumuman Perdana Menteri pada sidang akhbar khas itu turut menyaksikan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Pelantikan Mohamed Taufiq itu menggantikan penyandangnya Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN