fbpx
Anggota penyelamat masuk ke dalam lubang gua sempit untuk menyelamatkan mangsa. - Viral Press

4 hari tersepit celah batu, kepala di bawah kaki di atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang sami Buddha terselamat selepas empat hari tersepit  dalam keadaan terbalik di dalam sebuah gua sempit tanpa makanan dan air, lapor akhbar Metro UK.

Luang Ta Somchai, 77, hilang dari Wat Thammasathan Phasawan di timur laut Thailand pada 7 Disember lalu.

Sukarelawan dan pemimpin masyarakat mencarinya di kawasan 2 kilometer sekitar wat itu sebelum menemui mangsa tersepit di celah batu  pada 11 Disember lalu.

Penyelamat terpaksa menuruni gua setinggi 30 meter untuk mencari Luang, di mana mereka kemudian menemuinya dalam keadaan terbalik di ruang ketiga yang dalam dan sempit.

Apa yang dapat dilihat melalui lubang itu hanyalah kaki mangsa, dengan kepala dan bahunya tersepit ke dalam celah batu. 

“Saya berjalan melalui gua itu tetapi sesat. Saya tidak mempunyai telefon, jadi saya hanya mampu menunggu dan meminta tolong,” katanya.

Pasukan penyelamat mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan Luang, manakala mangsa hanya cedera ringan dan mengalami dehidrasi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN