fbpx
Gambar hiasan.

Waspada ‘scammer’ tender KPKM – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengingatkan orang ramai serta syarikat supaya berwaspada terhadap penipuan tender yang menggunakan nama kementerian itu bagi memperdaya mangsa.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, mana-mana pihak yang mendakwa kononnya telah memperoleh tender KPKM atau meminta kerjasama kewangan atas nama kementerian tidak seharusnya dipercayai tanpa semakan lanjut.

“Jika ada pihak yang mendakwa mereka mendapat tender KPKM atau meminta sumbangan kewangan atas nama kementerian, jangan mudah percaya. Sila semak melalui saluran rasmi dan buat laporan polis dengan segera sekiranya menjadi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sektor pertanian hari ini perlu bergerak seiring dengan penggunaan teknologi moden bagi memastikan hasil yang lebih berkualiti dan konsisten.

Menurut beliau, penggunaan sistem seperti fertigasi mampu membantu petani mengawal bekalan air dan baja dengan lebih tepat sekali gus meningkatkan produktiviti tanaman.

“Apabila turun ke ladang dan melihat sendiri tanaman yang diusahakan secara moden, saya yakin pertanian masa kini mesti menggunakan teknologi. Jika dibuat dengan betul, pertanian boleh menjadi sumber pendapatan yang stabil,” katanya.

Beliau turut menggalakkan petani dan golongan muda supaya berani mencuba teknologi baharu, mempelajari kaedah moden serta memanfaatkan sokongan dan bantuan yang disediakan kerajaan.

“Insya-Allah, apabila ilmu, usaha dan teknologi digabungkan, tanah yang kecil pun mampu memberikan hasil yang besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI