fbpx
Metz memburu puting beliung besar di seluruh AS. - Brad Nelson

Wanita obses ‘kejar’ puting beliung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian ramai kerana obsesinya dalam aktiviti ‘mengejar’ puting beliung di seluruh negara meskipun minat itu hampir meragut nyawanya, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Melanie Metz, yang dikenali ramai sebagai sebahagian daripada program televisyen, Twister Sisters telah ‘bertarung’ dengan fenomena digeruni ramai itu selama tiga dekad.

Menurut Metz, obsesinya terhadap puting beliung sudah bermula sejak kecil meskipun dia belum melihat fenomena pertamanya ketika itu.

“Sebagai kanak-kanak di negeri Arizona, saya mula berharap untuk melihatnya pada usia lima tahun. Bagaikan saya dilahirkan dengan perasaan itu,” katanya.

Tambah Metz, 26 April 2024 adalah tarikh di mana dia hampir mati ketika sedang mengejar puting beliung di Nebraska dan Iowa.

“Ketika puting beliung meletus di seluruh rantau itu, cahaya malap dan laluan ribut yang berubah pantas menimbulkan huru-hara.

“Mata saya tertumpu pada ribut di langit dan disebabkan cahaya sangat malap, saya tidak melihat bangunan yang rosak di tengah jalan atau kabel yang sangat rendah di atas saya.

“Saya memandu di bawah kabel itu pada kelajuan kira-kira 72 kilometer sejam. Ia mengikis bahagian atas kenderaan dan memusnahkan kamera GoPro saya di atas bumbung.

“Saya sangat bernasib baik kerana masih hidup selepas kejadian itu,” katanya sambil menambah, dia tidak serik untuk meneruskan aktiviti itu sehingga kini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN