SEBERANG PERAI – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dia pandu terbabas lalu melanggar paip air sebelum terbalik di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini, petang tadi.
Bagaimanapun, pemandu Perodua Axia berusia 38 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan akibat kemalangan berlaku.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berlaku pada pukul 6.01 petang dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam.
“sebaik pasukan tiba, mangsa terlebih dahulu telah dibawa ke hospital oleh ambulans swasta untuk mendapatkan rawatan.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak melakukan kerja pembersihan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.21 malam tadi. -KOSMO! ONLINE














