fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan simulasi perkahwinan yang dilakukan sebagai aktiviti selepas Ujian Akhir Sesi Akademik.

[VIDEO] Sekolah buat simulasi perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Simulasi perkahwinan yang dilakukan selepas Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) di sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran di TikTok, SMK Dato Bentara Luar, simulasi tersebut dilakukan untuk menghidupkan suasana tradisi dan budaya orang Melayu sebelum dan selepas majlis.

“Tema perkahwinan adat melayu benar-benar menghidupkan suasana tradisi. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan program ini dengan penuh dedikasi,” katanya.

Simulasi perkahwinan yang dilakukan oleh dua pasangan pengantin itu dilakonkan oleh pelajar sekolah itu sendiri selain murid serta guru sekolah yang menyediakan persediaan perkahwinan termasuk memasak untuk tetamu.

Sementara itu, kehadiran rombongan pengantin lelaki untuk sesi akad nikah serta sesi merenjis air mawar dan tepung tawar ketika bersanding turut dilakukan sebagai pendedahan kepada semua pelajar.

Bagaimanapun, pihak sekolah sudah merujuk kepada orang yang bertauliah bahawa simulasi perkahwinan tersebut tidak sah kerana tidak menggunakan wali serta nama sebenar pelajar.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial yang tertarik dengan simulasi yang membuka mata masyarakat generasi muda.

“Seronoknya sekolah buat aktiviti macam ini. Sekurang-kurangnya mereka tahu macam mana susah nak menguruskan majlis perkahwinan, bukan mengharapkan ibu bapa sahaja,” komen @JRcoach_anees.

“Ini dah macam subjek Pendidikan islam, Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik, untuk kira kos perbelanjaan. Orang luar mungkin kritik atau gelak, tapi di sekolah memang perlu ada praktikal. Tahniah kepada cikgu,” komen @Noraslina.wahab. – KOSMO! ONLINE

@smkdbl Meriah sungguh aktiviti pasca UASA kali ini! Tema Perkahwinan Adat Melayu benar-benar menghidupkan suasana tradisi. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan program ini dengan penuh dedikasi. #pascauasa #perkahwinan #simulasi #adatmelayu #sdbl ♬ original sound – SMK DATO BENTARA LUAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN