fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan seorang lelaki awam menghalang dan merampas senapang untuk mengelak lebih ramai terkorban dalam insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney, Australia.

[VIDEO] ‘Nasib baik ada orang berani’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular rakaman seorang lelaki memberanikan diri merampas senapang untuk menghalang tembakan berlaku di Pantai Bondi, Australia selepas sekurang-kurangnya 12 orang maut akibat seorang penembak, semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook oleh ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin, meluahkan rasa sedih dengan insiden tersebut.

“Sebagai seorang yang pernah tinggal di Sydney dan selalu ke Pantai Bondi, sedih apabila mendapat tahu sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam satu insiden tembakan. Keberanian seorang lelaki awam telah membantu mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Beliau berjaya merampas senang yang digunakan oleh salah seorang penembak,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan insiden tembakan itu diisytiharkan sebagai serangan pengganas yang dilakukan untuk menyasarkan komuniti Yahudi Sydney pada hari pertaman sambutan perayaan Hanukkah.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut terkejut dengan insiden tembakan sehingga menyebabkan beberapa orang maut.

“Alhamdulillah, di negara kita masih aman damai. Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku kepada kita seperti di negara luar,” komen Jamaluddin Aripin.

“Kita berada di zaman si pembunuh tidak tahu kenapa dia membunuh dan mangsa pun tidak tahu kenapa dia menjadi mangsa pembunuhan,” komen Muhammad Munir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN