fbpx
Ahmad Zahid ketika mengadakan lawatan kerja di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute.

UMNO tiada hubungan langsung dengan DAP – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya tidak pernah mempunyai hubungan langsung dengan DAP.

Beliau berkata, hubungan masa ini di dalam kerajaan perpaduan hanyalah antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Oleh kerana MCA adalah merupakan parti komponen di dalam BN dan DAP adalah parti komponen di dalam PH, maka kita harus meletakkan asas utama bahawa kerjasama ini bukan daripada parti ke parti tetapi dari segi gabungan ke gabungan.

“Perkara ini boleh diselesaikan dan kesefahaman dapat dicapai,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Lawatan Rasmi di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute.

Beliau berkata demikian susulan desakan MCA supaya parti-parti dalam komponen BN tidak meneruskan kerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN berkata, perkara utama masa ini ialah rasionaliti politik bila PRU akan diumumkan.

“Serahkanlah kepada kepimpinan utama kedua-dua gabungan untuk menangani dan berdepati permasalahan yang ada,” katanya.

Terdahulu, pada 7 Disember lalu, Perhimpunan Agung MCA meluluskan resolusi menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP pada PRU16.

Perwakilan turut bersetuju agar parti itu menentukan haluan sendiri sekiranya mana-mana komponen BN berkeras mahu bekerjasama dengan DAP pada PRU16, dengan alasan semangat gabungan itu sudah mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN