fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Albert (gambar kecil)

Tiada bukti sahkan Albert Tei diacukan senjata ketika serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tiada sebarang keterangan dan bukti setakat ini boleh mengesahkan dakwaan seorang ahli perniagaan, Albert Tei diacukan senjata ketika serbuan bagi penangkapan lelaki berkenaan hujung November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, perkara itu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan selepas pihaknya mengambil keterangan daripada semua individu terlibat, termasuk pegawai penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam operasi berkenaan.

Menurut beliau, siasatan masih diteruskan secara terperinci dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan spekulasi atau berita palsu berhubung kes tersebut.

“Ramai saksi telah dipanggil namun saya tidak boleh mendedahkan jumlahnya dengan pihak-pihak terlibat juga telah memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Ahli keluarga pengadu ( isteri Albert Tei) belum sahaja dipanggil kerana dipercayai berada di luar kawasan selepas kejadian itu. Namun mereka telah menyatakan kesediaan untuk memberikan komitmen apabila dipanggil kelak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shazeli berkata, pihak polis turut menerima rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari kediaman terbabit serta rakaman perbualan telefon untuk disemak dan dianalisis oleh pihak forensik.

“Jumlah CCTV yang diterima tidak boleh didedahkan kerana siasatan masih berjalan, namun rakaman berkenaan memang wujud. Kita juga akan memanggil semula pengadu, iaitu isteri Albert Tei, bagi mendapatkan keterangan lanjut,” katanya.

Beliau menjelaskan, siasatan ketika ini dibuka di bawah Kertas Enkuiri Polis bagi memastikan dakwaan tersebut disiasat secara telus dan profesional.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat serta arahan selanjutnya. Pada peringkat ini, adalah terlalu awal untuk menyatakan sama ada siasatan akan ditukarkan kepada seksyen jenayah lain.

“Masih banyak aspek dan keterangan yang perlu diambil serta diperhalusi,” tegasnya.

Media sebelum itu melaporkan, pegawai SPRM yang menjalankan serbuan ke kediaman ahli perniagaan Albert Tei dilengkapi kamera badan termasuk alat rakaman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, semua tindakan dijalankan mengikut prosedur undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN