fbpx
Mohamed Adib memberi haiwan ternakannya makan ketika ditemui di Kampung Kabong, Inas, Kuala Pilah baru-baru ini.

Ternak kambing guna ilmu perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mahir dalam ilmu navigasi peperangan di laut dan darat, menggunakan sepenuhnya segala pengalaman dimilikinya dalam bidang keselamatan makanan untuk haiwan ternakan.

Mohamed Adib Abdul Razak, 35, berkata, dia mahu membantu memperkukuhkan keselamatan makanan ekoran kadar sara diri bagi makanan kambing dan biri-biri di negara ini hanyalah sekitar 10.7 peratus sahaja.

Katanya, segala 10 prinsip peperangan seperti pemilihan, pengekalan misi serta pentadbiran diimplementasi sepenuhnya dalam projek berek biri yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu di Kampung Kabong, Inas di sini.

“Benda lebih kurang sama untuk negara cuma laluan dan cabangnya berbeza. Jadi saya pilih cabang ini disebabkan ingin menambah pendapatan dan menyumbang juga kepada ke­selamatan makanan.

“Saya bermula dengan modal RM50,000 di Hulu Langat, Sela­ngor, namun tidak berjaya sebelum berpindah ke Sepri di Rembau. Di situ pun saya gagal sebelum membuka ladang di sini,” katanya.

Menurut Mohamed Adib, bermula dengan 10 ekor biri-biri, kini dia memiliki lebih 100 ekor dan mampu membekalkan baka kepada penternak baharu di sekitar Negeri Sembilan dan Kedah.

Tambahnya, pendapatannya terbahagi kepada tiga iaitu daging, makanan sedia makan dan ternakan.

“Tahun lepas saya jual 130 ekor kambing dan biri-biri dengan pendapatan RM250,000. Saya juga menanam rumput napier seluas empat ekar” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN