fbpx
JONAH menyasarkan lontaran lebih jauh dengan harapan meraih pingat pada Sukan Asia di Jepun tahun depan.

Sukan SEA: Jonah alih fokus Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Biarpun mencipta sejarah dengan menamatkan kemarau 32 tahun pingat emas lontar peluru di Sukan SEA Thailand 2025, namun ia masih belum cukup memberikan kepuasan mutlak buat Jonah Chang Rigan.

Atlet berusia 22 tahun itu melihat kejayaan meleburkan rekod kebangsaan dan Sukan SEA dengan lontaran 18.78 meter (m) di Stadium Nasional Suphachalasai kelmarin sebagai langkah permulaan bagi memburu pingat di Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun.

“Saya bersyukur dapat perbaharui rekod kebangsaan dan ukan SEA kerana itulah sasaran utama saya. Sasaran kedua mahu lontaran sejauh 19m tidak berjaya.

“Saya gembira tetapi pada masa sama saya sedih. Saya dapat rasakan prestasi terbaik hari ini, cuma mungkin teknik saya tak berapa menjadi,” katanya.

Penanda aras 19m amat diperlukan kerana jarak tersebut hampir menyamai standard lontar peluru antarabangsa sekali gus menuntut Jomah memperagakan prestasi yang jauh lebih tinggi.

Jonah mendedahkan, untuk berada dalam kelompok pemenang pingat di Sukan Asia, seseorang atlet perlu mampu melakukan lontaran konsisten melepasi jarak 19.50m.

Menyedari jurang yang perlu diatasi, atlet kelahiran Sarawak itu bertekad untuk terus bekerja keras sebaik sahaja pulang ke tanah air, dengan fokus sepenuhnya kini terarah kepada persiapan Sukan Asia.

“Untuk tahun hadapan, mungkin saya akan lebih fokus pada latihan. Perlu lebih fokus, tiada lagi main-main. Perlu fokus untuk Sukan Asia,” tambahnya.

Jurang besar itu terbukti pada Sukan Asia Hangzhou 2022 lalu di mana atlet India, Tajinderpal Singh Toor mempertahankan pingat emas dengan jarak sejauh 20.36m.

Pingat perak menjadi milik atlet Arab Saudi, Mohammed Daoud Tolo (20.18m), manakala gangsa dimenangi wakil China, Liu Yang menerusi lontaran 19.97m. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI