fbpx
SEMENYO gagal menunjukkan prestasi terbaik sejak dikaitkan dengan perpindahan bersama kelab-kelab besar.

Spekulasi ke United, Liverpool jejas prestasi Semenyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Bournemouth, Andoni Iraola menegaskan pasukannya tidak berada dalam krisis selepas prestasi hambar sejak kebelangan ini menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi esok.

The Cherries hanya merekodkan satu kemenangan daripada tujuh perlawanan liga di tempat lawan musim ini selain tewas empat kali dalam enam aksi terakhir EPL selepas pasukan dilihat bergelut untuk memberikan saingan yang diharapkan.

Namun, Iraola tidak terlalu risau termasuk turut mempertahankan bintang sensasinya, Antoine Semenyo susulan prestasi yang kurang memuaskan sejak namanya dikaitkan perpindahan dengan United dan Liverpool pada jendela perpindahan bulan depan.

“Kita tidak boleh menilai hanya berdasarkan angka. Semenyo bukan penyerang utama kami kerana posisi sebenar dia sebagai pemain sayap.

“Sudah tentu sebagai pemain, kita harapkan dia menyumbang banyak gol, mencipta bantuan gol serta membuka peluang. Saya tidak rasa spekulasi perpindahan menjejaskan prestasinya di atas padang ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI