IPOH – Pendapatan lumayan mencecah ratusan ribu ringgit yang dijana menerusi perlombongan bitcoin menyebabkan sindiket itu tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negeri ini. Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka sentiasa mengubah modus operandi dan yang terbaharu, menempatkan hanya empat hingga lapan mesin dalam sesebuah premis, berbanding 100 mesin tahun lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, taktik itu digunakan bagi mengelakkan penggunaan elektrik yang tinggi di lokasi tersebut. “Sindiket juga biasanya hanya memasang dan meninggalkan mesin-mesin tersebut…














